3 Daging Goreng Ekspres Untuk Berbuka & Bersahur

Share

Siapa kata masak daging ambil masak lama? Sebenarnya ada cara mudah  masak daging secara ekspres. Pertama hiris daging nipis dan kecil. Kedua rebus dahulu daging kemudian hiris nipis  dan ikut ira yang betul sebelum kedua-duanya sedia dimasak. Untuk memudahkan anda, Rasa bawakan tiga menu daging yang dimasak secara ekspres.Ia sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur.

 

DAGING GORENG KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 5 batang kacang panjang | potong serong
  • 1 sudu kerisik
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
  2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
  3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
  4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

DAGING GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
  • 4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
  • 2 biji cili padi | dihiris
  • 2 labu bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih |  dihiris
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
  2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
  3. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji kentang  |potong wedges dan digoreng
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.
IKLAN