3 Bahan Dari Dapur Ini Mampu Hapuskan Lipas Dengan Berkesan. Memang Kena Cuba.

Share

Bagi anda yang mengalami masalah lipas, boleh cuba buat perangkap menggunakan bahan-bahan mudah ini. Serangga ini memang sangat merbahaya kerana ia boleh mengotorkan makanan dan minuman serta mencemarkan kawasan dapur anda. Malah, ada juga kes lipas halus yang masuk ke dalam telinga. Memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika terkena kepada anak-anak yang masih kecil.

Petua di bawah adalah perkongsian dari saudari Nor Hidayah

. Beliau mencuba cara ini untuk memerangkap lipas dalam kereta. Berkesan! Lihatlah berapa banyak yang berjaya ditangkap, Anda juga boleh cuba cara ini dengan meletakkannya di dalam almari kabinet dapur anda. Selamat mencuba!

PERANGKAP LIPAS 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • Minyak masak terpakai (yang dah guna)
  • Susu pekat manis
  • Marjerin

CARA-CARA:

  1. Sukatan bahan-bahan diatas ikut suka sahaja.
  2. Letakkan dalam bekas dan gaul hingga sebati.
  3. Biarkan semalaman di dalam kereta ( atau almari kabinet dapur).
  4. Lihat hasilnya pada keesokan paginya. Selamat mencuba!

 

IKLAN