Coklat Bubble Rice Ni Rangup & Sedap , Gerenti Jadi Rebutan

Share

Apa kudapan yang mudah dan sedap nak buat ni? Puas fikir akhirnya kita buat coklat bubble rice. Gerenti bukan hanya kita yang suka, gerenti jadi rebutan semua.

Sambil berborak sambil makan, tanpa sedar habis jua sebalang. Ikut resipi yang dikongsikan ini boleh agak agak bahannya, sebanyak mana yang nak dihasilkan.

 

Chocolate Bubble Rice

Bahan-bahan:

Bubble rice
Minyak masak
Coklat beryls

Cara membuat:

1.Double boil coklat milk compound jenama beryls.Letak minyak masak sikit. Semua agak-agak je bahan ikut cita rasa anda.

2.Dah siap ketepikan. Kemudian sejukkan.

3.Bakar bubble rice 10-15 minit,130c (bergantung pada oven masing-masing).

Bakar sekejap untuk bagi crunchy sikit.

4.Tuang coklat yang dah sejuk dulu kemudian baru letak bubble rice. Bubble rice pun bagi sejuk dulu baru letak atas coklat. Ketuk-ketuk bagi bubble rice jatuh ke bawah.

5.Tuang lagi coklat, dah siap letak dalam peti sejuk cepat sikit keras. Dah sejuk baru keluarkan dan potong.

Kredit: Cik Sue Zakaria

IKLAN