Cendol Buatan Sendiri Lagi Puas Makan,Gerenti Bertambah Nanti

Share

Bulan puasa ni kalau tak pekena cendol macam tak lengkap rasanya. Boleh ikut resipi ini jika mahu membuatnya sendiri. Puas hati kan bila buat cendol sendiri. Tambah di musim panas ni, nak cari yang sejuk-sejuk je. Boleh makan satu family.

Kat sini anda boleh bereksperimen dengan 3 jenis cendol. Pemilik resipi menyukai resepi cendol no 1. Sebab teksturnya sedikit kenyal.

Air abu boleh dapatkan di kedai menjual bahan bakeri.

CENDOL

Resepi cendol 1:

100g tepung jagung

500g air pandan

1 sudu makan air abu

 

Resepi cendol 2:

50g tepung jagung

50g tepung beras

450g air pandan

1 sudu makan air kapur

 

 

Resepi cendol 3:

100g tepung beras

1 sudu makan air abu

450g air pandan

Cara membuat:

1.Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.

2.Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.

3.Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.

4.Bila cendol dah masak. tekan ke dalam acuan cendol. Boleh guna acuan maruku. Boleh guna penapis lubang besar. Atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan. Picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais. alas tangan dengan kain.

 

RESEPI CENDOL (PENYEDIAAN)

CENDOL

200g santan kotak – dimasak bersama

2 cawan air dan sedikit garam.

(masak santan sehingga panas. Hati-hati jangan sampai pecah santan)

1 buku gula melaka + 1 cawan gula merah (dimasak dengan 2 cawan air sehingga larut) dan tapis.

 Cara membuat:

1.Tapis dan masukkan cendol ke dalam mangkuk.

2.letak ais.

3.Masukkan santan.

4.Akhir sekali masukkan gula Melaka.

5.Sedia dinikmati.

Kredit:Nina Mahdar

IKLAN