10 Sebab Mengapa Chef Azizan  Layak Jadi Pengadil Pertandingan Kulinari

Share

RASA isu februari tampil dengan pelbagai kisah menarik untuk pencinta dunia kulinari dan masakan. Kisah seorang lagi Chef tersohor yang cukup dikenali di dalam dan luar negara dalam ruangan Chef Selebriti. Namanya Chef Mohd Azizan Shukri. Sering diundang menjadi pertandingan masakan.

Dirinya juga bukan calang-calang pencapaiannya. Ni antara sebab mengapa beliau cekap dan layak jadi Pengadil Pertandingan Masakan :

1.  Tegasnya kualiti sajian bukan sekadar sedap , persembahan dan penggayaan hidangan ‘food styling and presentation’ penting untuk memikat selera mata memandang.

2. Prinsip masakannya ialah kualiti makanan perlu dijaga, rupa kena cantik, pandai bermain warna, persembahan kena menarik kena ada sentuhan pada hidangan kalau nak markah lebih mantap.

3. Ramuan wajib segar, barulah capai standard kesedapan.

4. Lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinari bekerja di hotel dan restoran ‘fine dining’ dan hotel bertaraf lima bintang terkemuka.

5. Pernah bertugas di The Grand Hotel Malahide, Dublin , Ireland sebagai Sous Chef di sana.

6. Pernah menyediakan sajian untuk mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan kumpulan band boy Westlife yang terkenal.

7. Pakar masakan sajian Eropah moden terutamanya Itali dan Perancis

8. Pernah bertugas di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan untuk kontijen Jerman (tajaan Adidas)

9. Pernah memenangi tempat Pertama di 2nd Inter-Chef Competition 1994 dan Award Excellence Penang Asia 1995.

10. Di peringkat antarabangsa pernah menerima anugerah The Best Chef Ambassador 2016, Chef & Maitre Nel Mondo,Italy serta Guild of Chefs, Republik Bulgaria.

Nah ,ni resipi ekslusif dari Chef Mohd Azizan untuk follower RASA. Cubalah nanti…

COD FISH WITH HONEY HOLLANDAISE

BAHAN-BAHAN :

  • 160gm ikan kod
  • 10gm paprika Hungary
  • 10gm cajun
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Bahan honey sauce hollandaise :

  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan cuka epal
  • 1 sudu teh madu
  • 50gm mentega
  • 1 biji lemon | diambil jus

CARA MEMASAKNYA :
1. Perapkan ikan kod dengan cajun, paprika, gula dan lada hitam.
2. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius.
3. Bakar ikan dalam masa 15 minit. Keluar dan ketepikan.
4. Untuk membuat sos hollandaise, mula cairkan mentega di dalam kuali yang dinyalakan api perlahan, masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau dengan ‘whisk’.
5. Kemudian masukkan cuka epal dan madu. Pastikan api sentiasa perlahan untuk mengelakkan telur berketul ,kacau sehingga pekat dan tutup api.
6. Tuangkan di atas ikan kod yang dibakar tadi.

Nak resipi lagi, dan kisah lebih lanjut mengenai Chef Mohd Azizan bolehlah dapatkan majalah RASA isu Februari ni…Dah ada kat pasaran.

 

IKLAN