Jus! Mendengarkan namanya saja sudah cukup membuat hati ceria. Apatah pula, di tengah hari yang panas terik, segelas jus pasti mampu menghilangkan rasa dahaga sekali gus menyegarkan tubuh badan. Tahukah anda, hampir keseluruhan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dikisar dan dijadikan jus minuman?
Malah terkini, terdapatnya campuran antara jus buah-buahan dan sayur-sayuran di pasaran. Memang sedap! Nak cuba buat sendiri? Jom lihat seleksi buah dan sayur yang paling sesuai dijadikan jus harian anda.
1. TIMUN
Timun atau mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai sayur-sayuran. Ia juga tergolong dalam keluarga yang sama dengan tembikai dan labu. Timun boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Timun mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, B2 dan vitamin C. Jus timun elok diminum ketika sakit tekak dan batuk-batuk. Malah, timun juga sesuai diamalkan oleh individu yang menghadapi masalah membuang air besar.
Ads
2. ROSELLE
Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama roselle dikatakan berasal dari India. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis makanan seperti halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Roselle mengandungi vitamin C melebihi 20 kali ganda berbanding buah limau. Malah roselle juga dikatakan berupaya merawat demam panas, selesema, resdung, asma dan insomnia. Selain itu, roselle juga dikatakan boleh bertindak sebagai pencegah penyakit kardiovaskular, anti penuaan dan anti kanser.
3. KELAPA
Antara minuman kegemaran rakyat Malaysia dan mudah didapati setiap hari. Selain diminum begitu sahaja, air kelapa juga boleh digunakan untuk menghasilkan Coconut Shake, pudding, agar-agar dan bermacam-macam lagi. Malah mengikut amalam orang dahulu kala, air kelapa juga boleh dijadikan penawar untuk mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.
4. TOMATO
Buah tomato boleh dimakan mentah dan dimasak. Malah, ia juga boleh dijadikan jus minuman. Ini kerana tomato mengandungi vitamin C yang tinggi dan bertindak sebagai anti oksidan. Tomato juga tidak menggemukkan kerana ia mengandungi 21 kalori sahaja. Kandungan airnya yang tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika sedang berdiet.
5. LOBAK MERAH
Lobak merah bukan sahaja mampu mengurangkan kedut pada wajah, malahan amat bagus untuk kesihatan mata anda. Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Sebaiknya pengambilan jus lobak setiap seminggu sekali amat digalakkan untuk menjaga mata yang sihat dan menawan.
6. PEGAGA
Ads
Selain dinikmati secara mentah sebagai ulam-ulaman, pegaga juga sedap dijadikan minuman. Caranya mudah sahaja. Campurkan 7-11 helai daun pegaga bersama 1 gelas air suam. Kisar dan tapis. Kemudian campurkan madu atau gula dengan secukupnya. Jika suka, boleh juga tambahkan susu segar. Amalkan seminggu sekali sebagai amalan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda.
7. ALOE VERA
Tumbuhan dari keluarga kaktus yang sangat banyak manfaat dan mudah ditanam. Maka tidak hairanlah ia sudah mula digunakan sejak zaman kuno Mesir. Aloe vera mengandungi bahan-bahan yang berkesan merawat masalah kulit seperti luka, kering dan menggelupas. Malah minuman dari bahan ini dikatakan bagus untuk menyejukkan badan. Untuk menyediakan jus aloe vera, anda perlu ambil daun lidah buaya yang matang. Kemudian buang kulit dan potong dadu isinya. Seterusnya didihkan air dan masukkan potongan aloe vera tadi bersama daun pandan serta gula secukupnya. Biarkan mendidih selama 3-4 minit dan sejukkan.
8. SERAI
Terkenal sebagai herba yang kaya dengan khasiat dan manfaat. Air rebusan serai mempunyai rasa yang sedikit pedas namun berkhasiat untuk merawat sakit kepala, menghilangkan kembung, membuang angin dan menyegarkan tubuh.
Ads
9. HALIA
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menambah tenaga dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Malah ia juga dikatakan boleh mengawal demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Di pasaran, ada dijual teh halia segera. Namun jika nak dihasilkan secara homemade pun mudah sahaja. Ambil beberapa keeping hirisan halia dan masukkan ke dalam cawan berisi air panas atau air teh. Biarkan seketika dan minum semasa masih hangat. Memang menyegarkan.
10. DURIAN BELANDA
Batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat. Menurut kajian, durian belanda mampu merawat dan mengelakkan individu daripada mendapat penyakit kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Untuk menikmati jusnya, hanya kisar isi durian belanda bersama air ikut kepekatan yang digemari. Malah isi durian belanda juga boleh disejukbekukan dan disimpan lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tahun baru bakal tiba tak lama lagi. Jom kita ubah pemakanan ke arah yang lebih sihat. Sebagai permulaan, boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Anda wajib cuba.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara-cara:
Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, susu dan madu lalu kisar hingga halus.
Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Alahai. Seluar jeans yang biasa dipakai tetiba ketat tang perut. Tak sedar perut dah makin membuncit. Nak kempiskan perut dengan cara selamat menggunakan bahan semula jadi? Meh buat sendiri jus yang bermanfaat untuk mengempiskan perut.
RASA kongsikan resipi buat sendiri jus kempis perut. Guna bahan-bahan semula jadi. Confirm takde bahan terlarang dan selamat digunakan.
JUS KEMPIS PERUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
5 cm kunyit hidup (hiris kasar)
2 cm halia (hiris kasar)
2 batang serai (dititik)
1/2 biji lemon (potong bulat)
1 biji buah manjakani
4 ketul gula batu
2 sudu teh madu
CARA MEMASAK
1) Didihkan air dalam periuk. Masukkan kunyit hidup dan halia.
2) Kemudian masukkan serai dan hirisan lemon.
3) Masukkan buah manjakani, gula batu dan madu.
4) Renehkan sehingga tinggal kira-kira 1 cawan air.
5) Tapis dan sejukkan seketika. Sedia diminum.
TIP
1. Lemon boleh digantikan dengan pes asam jawa atau limau nipis.
2. Boleh diminum dua kali sehari.
3. Boleh disimpan dalam peti sejuk tetapi pastikan tidak lebih daripada 3 hari.
4. Tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung.
Resipi minuman untuk sakit kaki. Kalau menggunakan bahan semula jadi, taklah rasa sangsi dan curiga.
Apatah lagi herba dan bahan semula jadi kaya dengan pelbagai khasiat tersendiri untuk kesihatan kita.
Kena Konsisten
Minuman ini dikatakan dapat membantu menghilangkan sakit kaki. Bahkan ia dapat membantu menurunskan berat dan. Jadim yang mengalaminya bolehlah cuba minuman ini ye. Tapi ingat, kena lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesannya.
Tambahan pula bila menggunakan bahan semula jadi. Biasanya akan ambil masa sebelum mendapat kesannya. Ikutikan resipi daripada puan Leha Yusuf ini.
Yang penting, jangan pandai-pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.
Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari-hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.
Madu pula, pastikan menggunakan madu asli, yang tiada campuran gula. Kang badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang. Jom kita tengok resipi.
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa. Perah satu hirisan lemon dan tambah sesudu madu.
Minum ketika masih suam sebelum makan. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!