Bila tibanya waktu makan tengah hari, pasti pening nak cari tempat makan yang sedap, banyak pilihan lauk pauk dan juga murah. Sebenarnya, ada banyak ‘port’ makan yang menepati kriteria diatas namun tidak diketahui ramai.
Bagi yang berada di sekitar Shah Alam, silalah berkunjung ke restoran D’Ranting yang terletak di Dataran Automobil, Seksyen 15 Shah Alam. Ini kerana, sekali anda berkunjung ke restoran ini, pastinya ia akan menjadi tempat makan pilihan anda selamanya. Ha..Nak tahu kenapa? Ada banyak sebab yang membuatkan anda jatuh cinta dengan restoran ini.
Setiap hari, terdapat lebih dari 50 jenis lauk pauk yang dihidangkan kepada para pelanggan. Ada masak lemak cili padi, lauk bersambal, hidangan daging salai, asam pedas dan banyak lagi hidangan kampung yang pastinya memecah selera. Mana tidaknya, pengalaman sang pemilik selama 16 tahun dalam bidang katering. Patutlah lauk pauknya sedap-sedap belaka!
Jika anda teringin sangat nak makan ikan bakar, pun ada disediakan di restoran ini. Ada ikan pari, kembung, cencaru dan banyak lagi. Semuanya dibakar panas-panas dan berasap lagi bila dihidangkan kepada anda. Malah, jika rasa nak makan nasi kukus, pun ada dijual disini. Pendek kata, hanya di satu lokasi sahaja, ada banyak sajian yang anda boleh cuba.
Selain itu, kalau anda nak tahu, lauk yang menjadi kegilaan ramai di restoran ini ialah cendawan goreng tepung. Memang diserbu sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu semata-mata untuk mendapatkan hidangan cendawan goreng tepung ini sahaja. Rasanya yang segar, pedas-pedas dan rangup. Alahai…Memang sedap gila! Tak cukup dengan makan di restoran, ada yang ‘tapau’ bawa balik. Perghhh..Padu! Bayangkan, sewaktu sesi pengambaran ini dijalankan, satu bekas penuh cendawan diletak, sekelip mata sahaja dah habis dibeli pelanggan.
Menurut pemiliknya, setiap hari anggaran 14kg cendawan digunakan untuk menghasilkan cendawan goreng tepung ni dan semuanya habis dijual dalam waktu makan tengah hari sahaja. Wow! Anda boleh bayangkan betapa sedapnya hidangan ini. Selain cendawan, ada juga disediakan udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ikan bawal putih goreng tepung dan banyak lagi. Di sebelah petang pula, restoran D’Ranting menyediakan sajian masakan panas. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh anda cuba dan pastinya tidak mengecewakan selera anda. Harganya? Pastinya murah dan berbaloi dengan apa yang anda nikmati.
Bagi anda yang nak rasai sendiri keenakan hidangan di restoran D’Ranting, bolehlah berkunjung ke ke sini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 12 malam. Jika nak nikmati keenakan cendawan goreng, pastikan anda datang pada waktu makan tengah hari bermula 11.30 pagi. Selamat mencuba!
INFO RESTORAN:
Restoran D’Ranting
Jalan Pahat H 15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
MESTI CUBA:
Cendawan Goreng Tepung, Aneka Ikan Bakar, Nasi Kukus, Nasi Bujang, Masak Lemak Cili Api Daging Salai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak cari menu yang mengenyangkan dan mudah siap waktu sarapan, cubalah kacang pool yang sangat popular di Johor. Bahan asasnyaa kacang, terutamanya kacang parang dan ‘baked beans’
Ada juga resepi menggunakan lebih dari sejenis kacang, dimasukkan juga kacang panggang dan kacang merah, memang lagi ‘terangkat’lah rasanya. Memang betul-betul berkhasiat.
BAHAN -BAHAN :
Hiasan:
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2.Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan
3.Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
4.Selepas itu, masukkan kacang parang dan kacang panggang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika mahu.
5.Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
6.Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
7.Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
8.Boleh dinikmati bersama roti putih.
Kalau berkunjung ke Johor terutamanya Johor Bahru jangan lupa menikmati sajiannya. Kalau min suka singgah di satu kedai makan di Larkin, JB kerana kacang poolnya memang padulah rasanya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda berhajat untuk menikmati hidangan cara kampung untuk berbuka puasa, White N Black Kampung Heritage adalah lokasi yang strategik.
Bertempat di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, Kuala Lumpur, restoran ini menyediakan menu kampung yang lazat dan pasti memenuhi citarasa anda.
Memasuki ke ruang dalaman restoran ini mata disajikan dengan dekorasi ala kampung yang menenangkan jiwa. Terpulang kepada anda nak menjamu selera di ruang bawah atau pun di atas.
Menuju ke ruang atas dekorasi ala kampung juga ditampilkan. Pilihan terendak lampu bersesuaian dengan konsep melengkapkan lagi ruang dalaman restoran ini.
Menu ala carte termasuk signature White N Black Kampung Heritage antaranya Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak,Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar, Pais Patin dan pelbagai menu lain yang enak-enak belaka.Harga menu bermula dari RM30 hingga RM70.
Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Kampung Heritage, Mohd Firdaus Jamaluddin menyampaikan rasa terima kasih kepada sesiapa yang hadir dan mencuba hidangan di restorannya. Tambahnya lagi, kepada mereka yang ingin merasai masakan tradisional melayu kampung,kunjungan ke White N Black Kampung Heritage pada bulan Ramadan ini pasti tidak mengecewakan.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di Instagram – white_blackheritage, Facebook – White N Black Kampong at Heritage KL dan TikTok – wnbkampongheritage.