
Tular kini resipi popia riben di merata-rata media sosial. Cara membuatnya tidak rumit dan sangat mudah nak membuatnya. Bajet bahannya pun tak mahal, sesuai untuk kamu nak berjimat raya. Cubalah mesti seronok tatkala menghasilkan riben tu.
POPIAH RIBBON
BAHAN-BAHAN:
1. 1 bungkus kulit popiah (potong 9 ikut saiz apa)
2. Buat riben.
3. Lekatkan guna air.
Cara-cara lipat popiah tengok video tau:
- Bentukkan kulit popia bentuk riben.
- Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
- Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum yang dikisar di atas kulit popia tersebut.
- Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.
- Dah siap, boleh goreng pastu bedakkan dengan apa apa yg hampa suka. Nak pedas boh cabai. Nak masin boh cheese.
Bahan-bahan resipi popiah nestum horlick:
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan gula – kisar halus
- 1 cawan nestum – kisar halus
Kongsi resipi: Azie Sam
Kredi video: Fatin Radzi
https://www.facebook.com/fatinradzi/videos/10215301258100364/
Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng NUTRI-LICIOUS Yang Lebih Sihat

MAGGI baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu, MAGGI Nutri-licious, khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat. Ini merupakan satu inisiatif pelabelan bahagian hadapan pembungkusan oleh Kementerian Kesihatan bagi pilihan makanan yang lebih sihat.
MAGGI Nutri-licious menawarkan dua pilihan berinspirasikan Itali, Aglio Olio dan Tomato Delight. Kedua-dua mi segera ini diperbuat daripada tepung gandum bijian penuh dari Australia. Mi ini juga dihasilkan melalui teknologi pengeringan udara dan tanpa digoreng untuk mengurangkan kandungan lemak dan mencapai tekstur mi yang lebih kenyal. Selain daripada kebaikan bijian penuh, mi ini juga menjadi sumber protein, serat dan vitamin B6 bagi memberikan pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga.
Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, MAGGI Nutri-licious diperkenalkan tepat pada masanya ketika trend makanan dan gaya hidup sihat menjadi semakin popular. “Makanan ruji bagi rakyat Malaysia kebanyakannya ialah nasi dan mi. Menyedari tentang perubahan trend kesihatan dan peningkatan bilangan pengguna yang peka dengan kesihatan mereka, maka kami telah menambah baik mi segera kegemaran Malaysia dengan menawarkan buat pertama kali, rangkaian mi segera MAGGI yang lebih sihat dan dipenuhi dengan nutrien penting seperti protein dan serat.
Selaras dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan, MAGGI terus menyokong pemilihan makanan yang lebih sihat dan lebih enak melalui inovasi produk kami yang terkini selepas mendapat gambaran tentang gaya hidup, tabiat penggunaan dan trend pemakanan mereka. Pengguna yang mencari hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan serta mudah disediakan kini mempunyai pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. Mereka juga digalakkan untuk menambah sayur-sayuran dan sumber protein kegemaran seperti udang, sotong, daging atau telur untuk hidangan yang seimbang dan lebih berkhasiat,” kata Juan.
Mi yang baharu ini menawarkan cita rasa Eropah melalui dua pilihan ala Itali yang enak dan belum pernah dibuat sebelum ini. Tomato Delight merupakan gabungan perisa masam manis pes tomato manakala Aglio Olio pula menggunakan minyak bawang putih yang menyelerakan untuk membangkitkan selera penggemar.
Sebagai langkah permulaan oleh jenama MAGGI di Malaysia, MAGGI Nutri-licious menggunakan 30% pembungkusan plastik boleh kitar semula untuk bungkusan luaran bagi menyokong usaha memelihara alam sekitar. Usaha ini mengukuhkan lagi komitmen Nestlé dalam memenuhi matlamat syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik yang baharu sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2025.
Pakar dietetik Indra Balaratnam menyarankan pengambilan bijian penuh dalam diet harian. Bijian penuh adalah berkhasiat serta kaya dengan serat makanan, vitamin dan mineral untuk memberikan pelbagai manfaat kesihatan. “Pengambilan bijian penuh dikaitkan dengan kadar risiko penyakit jantung, diabetes Jenis 2 dan sesetengah jenis kanser yang lebih rendah, selain menyokong fungsi penghadaman dan pengurusan berat badan.”
Indra juga menekankan bahawa kita perlu menganalisis ramuan dan nilai pemakanan makanan yang dimakan. “Hidangan yang seimbang adalah sangat penting – setiap orang digalakkan untuk mengamalkan konsep “Suku Suku Separuh” ke arah membentuk tabiat makan yang lebih sihat,” tambah Indra.
Konsep Suku Suku Separuh Pinggan Sihat Malaysia merupakan teknik visual pantas untuk membantu merancang hidangan yang seimbang dengan membahagikan makanan di dalam pinggan dengan cara berikut:
Suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi atau roti
Suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau telur
Separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MAGGI Nutri-licious, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-nutri-licious/
Mudahkan Kerja dan Jimat Masa Memasak Dengan Kitchen Saver

Siapa saja yang suka nak berlama di dapur. Biasa untuk memasak tidak ambil masa yang lama tetapi nak menyediakan bahan-bahan yang mengambil masa. Syarikat pengeluar bahan kisar kasar masakan, Kitchen Saver bukan sahaja menjadi penyelamat buat suri rumah mahupun mereka yang ingin memudahkan cara memasak di dapur, malah turut menjadi penyelamat buat mereka yang hilang pekerjaan.
Pernah melalui pengalaman yang sama dan prihatin akan nasib masyarakat,pengarahnya Nur Harfiza Hashim,33 nekad untuk menjual produk Kitchen Saver menerusi ejen-ejen yang dilantik meskipun sedar akan penjualan produk seumpama ini berhadapan dengan pelbagai risiko terutamanya melibatkan kualiti.
Menurutnya, dengan cara ini, ejen yang berdaftar sekaligus akan berjaya menjana pendapatan sampingan.
“kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk orang ramai memasak di dapur.Ramai juga tertanya, boleh pergi jauh ke produk ini atau berapa lama boleh tahan? Itulah Kitchen Saver, kerana produk kami mampu bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam ruang simpanan biasa peti ais manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun.Malah untuk menarik perhatian para pelanggan, kemasan pada botol produk kami juga direka khas mengikut tema tertentu khususnya hari perayaan.
Siapa sangka, bermula sejak April tahun lalu Kitchen Saver kini mempunyai lebih dari 200 ejen seluruh Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah ibu tunggal dan juga pelajar. Lebih membanggakan, ada di antara mereka berjaya meraih pendapatan sebanyak RM200,000 dalam 6 bulan.
Dengan 9 pilihan produk bernilai RM15 hingga RM18 sebotol, Kitchen Saver kini terjual sebanyak 120,000 botol seminggu. Produk tersebut terdiri daripada Bawang Putih Kisar, Bawang Holland Kisar, Bawang Besar Kisar, Kunyit Kisar, Lengkuas Kisar, Serai Kisar, Cili Padi Kisar, Cili Kering Kisar dan Halia Kisar.
“Walaupun pandemik ini sering menghantui fikiran hampir setiap dari kita, kami tidak lupakan ejen yang berdaftar kerana sedar ada di antara mereka yang telah hilang pekerjaan, tidak mempunyai pendapatan yang cukup.Risau dengan khabar berita yang menunjukkan kes bunuh diri semakin meningkat akibat tertekan dengan kehidupan, kami bukan sahaja memberikan pelbagai tis untuk menjana pendapatan namun sering kali menitipkan pesanan dan semangat buat mereka agar tidak mudah berputus asa.
Selaku jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen Saver terus kekal berinovasi dengan mengutamakan kualiti produk untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan-pelanggan. Justeru itu, selain diiktiraf Halal dan menerima khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kitchen Saver turut menerima dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
“Untuk menjualnya secara komersial, kami sentiasa mengutamakan kebersihan dan kualiti produk. Disebabkan itu, saya selalu menegaskan kepada ejen-ejen agar menitikberatkan bahawa produk Kitchen Saver tanpa 3P;pengawet,pewarna dan perisa. Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan dihantar terlebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan.Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan Thypoid
Harfiza turut mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba sendiri aneka produk Kitchen Saver dan menjadikan ia sebagai produk wajib ada di rumah. Untuk lebih lanjut anda boleh Dengan Kitchen Saver, masak secara moden, rasa seperti tradisional!
Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi terkini Kitchen Saver di halaman facebook dan instagram.
Resipi Hebat Cendawan Tiram Goreng Garing & Daging Berempah . Stail Sue.

Cendawan tiram goreng garing , selain boleh dijadikan lauk-pauk untuk makan dengan nasi, boleh juga dijadikan snek dimakan begitu saja. Selain cendawan tiram, boleh juga guna cendawan enoki/eringi/cendawan kukur/sisir. Lain2 jenis cendawan macam kurang sesuai tapi tak salah kalau nak cuba.
Kata empunya resipi Sue M Arukin ,“Selagi ada bahan-bahan mentah di rumah, kita gunakan semaksima mungkin sebelum keluar top up yang baru. Elakkan pembaziran ya!
Buka almari ingredients ada lagi setengah kilo pulut siam beli di Pekan Rabu Alor Star bulan february lepas. Jenguk di freezer, ada lagi sekilo daging. Rempah ratus semua ada. Maka kita jodohkan lah semua benda tu.”
Jom follow resipi Sue M. Arukin ini
1. CENDAWAN GORENG GARING
BAHAN-BAHAN :
- 500gram cendawan tiram ~ bersihkan & siat2
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu teh lada sulah
- Tepung beras secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pastikan cendawan tak berair. Perah sikit cendawan setelah dicuci dan siat kemudian toskan.
2. Satukan rempah kari daging, serbuk kunyit, garam & lada sulah dengan cendawan yang dah disiat lalu gaul rata. Biarkan setengah jam.
3. Tabur tepung beras secukupnya ke atas cendawan dan gaul rata. Pastikan tepung menyaluti cendawan sepenuhnya. Kalau masih ada air pada cendawan, perah dulu cendawan sebelum tabur tepung.
4. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali, goreng cendawan hingga garing. Enjoy! ❤️❤️
#cendawangorenggaring
*jangan goreng terlalu banyak pada satu-satu masa sebab nanti cendawan susah garing.
2. DAGING BEREMPAH SUE’s STYLE
BAHAN -BAHAN :
- 1 kg daging lembu/kambing – hiris nipis
- 1 liter santan
- 1/2 cawan kerisek
- 2 sudu makan gula kabung
- 5 sudu makan rempah kari daging
- 3 sudu makan rempah Auntie Sue*
- 4 sudu makan cili kisar
- 10 biji bawang merah – kisar
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 1/2 inci halia – kisar
- 3 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daging dihiris nipis dan cuci bersih. Toskan. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah Auntie Sue ke dalam daging lalu gaul dan perap sejam atau lebih (semalaman pun boleh).
2. Di dalam kuali besar, panaskan setengah cawan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari.
3. Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali lalu sebatikan.
4. Tuang separuh santan ke dalam kuali lalu didihkan daging (tutup kuali) hingga daging 3/4 empuk.
5. Tuang separuh lagi santan, gula kabung dan kerisek ke dalam kuali. Didihkan lagi hingga daging benar-benar empuk dan lembut (guna api kecil sahaja). Jika daging belum empuk dan kuah semakin kering, boleh tambah sedikit air (secukupnya saja).
6. Tambah garam secukup rasa. Enjoy!💕💕
*Rempah Auntie Sue: 1 batang kulit kayu manis + 4 kuntum bunga lawang + 4 biji buah pelaga + 1 sudu teh jintan manis + 1 sudu teh jintan putih + 1 sudu teh ketumbar. Sangai semua bahan lalu kisar halus. Boleh buat lebih (gandakan amount) dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan hingga 6 bulan.
**Selain pulut kuning, boleh juga dimakan dengan ketupat, lemang dan lain2.
Kredit foto & resipi : FB Sue M. Arukin
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER, BELI AJE ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Sajian Daging Hot & Spicy, Sedap Hingga Tak Perasan Peluh Merecik.
DAN JUGA VIDEO INI :