Udang goreng padu
Ni la lauk penyelamat bila lapar tapi malas fikir menu. Udang Goreng Ketagih – masak simple, rasa luar biasa! Cukup rasa, cukup pedas, cukup buat orang minta nak lagi! Ini resipi nya:
Udang Goreng Padu
Bahan-bahan:
• Udang 300g – bersihkan
• Sedikit garam
• 3 ulas bawang putih (cincang)
• Cili padi (ikut tahap pedas)
• 1 sudu makan kicap masin
• 1 sudu makan sos tiram
• 1 sudu kecil perasa (ajinomoto/maggi cukup rasa)
• Daun bawang (dihiris untuk tabur)
Cara Memasak:
1. Goreng udang dengan sedikit garam hingga tukar warna. Asingkan.
2. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan udang tadi bersama kicap, sos tiram, dan perasa.
4. Gaul rata dan tabur daun bawang sebelum dihidang.
#majalahrasa #rasashare #minitekspress #udanggorengketagih #resipiudang #ingatmakaningatrasa #resipi #resepi #recipe #resipimudah