Terung Goreng Telur Masin, Sedap Diratah Begitu Saja
Sedap rupanya buat Terung Goreng Telur Masin ni. Cukup rasa masin dan pedas. Tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu je pun dah sedap.
TERUNG GORENG TELUR MASIN
Bahan-bahan:
500gm terung | hiris memanjang, macam jejari
4 sudu besar serbuk salted egg
4 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang putih | dicincang
6-8 biji cili padi merah | dihiris halus
3 tangkai daun kari
Garam & gula secukup rasa
Bahan Salutan Terung
1 biji putih telur
1 sudu kecil garam
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam
5 sudu besar tepung jagung | tambah lagi jika adunan lembap
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #terunggorengtelurmasin #minitekspress #resepi #resipi #recipe #ingatmakaningatrasa
