Sup Daging Tumis Darat Pekat Berempah! Hirup Kuahnya Pun Dah Buat Ketagih
Sup Daging Tumis Darat ni memang sedap lain macam. Bulan-bulan puasa macam ni pulak, fuhhh…memang sesuai sangatlah hidang waktu berbuka. Ada pula dengan sambal kicap atau cili padi. Mak mertua lalu pun takt oleh tepi. Jom cuba!
SUP DAGING TUMIS DARAT
Bahan-bahan:
Rebusan:
1/2 kg daging (dipotong)
500ml air
1 sup bunjut
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu teh Lada hitam biji
2 biji Ubi kentang.
Tumis Darat:
3 biji bawang merah/besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga),
minyak masak.
Hiasan: Daun sup
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #supdagingtumisdarat #ResipiTradisional #MakananMalaysia
