Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Spageti Sos Rendang | Dapur Rasa Live

Spageti Sos Rendang | Dapur Rasa Live

Pernah makan Spageti Sos Rendang? Kalau belum pernah makan, bolehlah cuba buat sendiri nanti. Memang sedap! Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Dato’ Sri Erynna Abd Rasyid, pemilik Agri Dagang Sdn. Bhd.

SPAGETI SOS RENDANG

BAHAN-BAHAN:
200gram spageti (dicelur hingga masak dan toskan)
50 gram rempah siap rendang Aromasaji
50gram rempah siap perapan ayam Aromasaji
150gram isi ayam/daging cincang
4 ulas bawang putih (dicincang kecil)
5 tangkai cili padi merah(jika suka pedas)
1 biji lobak merah
1 cawan minyak masak
1 cawan santan
1 cawan air
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Untuk Ayam:
1. Perap isi ayam dengan rempah perapan biarkan 10 minit,
2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak.

Untuk Sos Rendang:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah rendang dan air.
3. Bila sudah mendidih masukkan santan.
4. Setelah kuah menjadi pekat, padamkan api.
5.Hidangkan spageti bersama ayam yang telah digoreng tadi dan tuangkan sos rendang di atas ayam, hiaskan dengan hirisan lobak merah, daun ketumbar dan cili padi.

*Masak tanpa menggunakan garam, gula dan perasa kerana rempah adalah rempah campuran sedia masak.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #spagetisosrendang



Video Berkaitan