Spageti Ayam Masam Manis, Menu Ringkas Untuk Seisi Keluarga
Tak tahu nak masak apa hari ni? Cuba buat Spageti Ayam Masam Manis ni. Guna bahan yang mudah, rasa masam manis yang seimbang dan paling penting, anak-anak pun mesti suka!
SPAGETI AYAM MASAM MANIS
Bahan-bahan:
200gm spageti
150gm ayam kisar
3 ulas bawang putih | dicincang
½ biji bawang holland | dadu halus
1 tangkai daun bawang | dipotong pendek
½ batang lobak merah | dihiris halus memanjang
½ biji capsicum hijau | dihiris
1 biji tomato | dipotong dadu
3 sudu besar Sos Cili
3 sudu besar Sos Tomato
Garam & serbuk perasa secukup rasa
3 sudu besar air rebusan pasta
Hirisan daun bawang | untuk hiasan
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #spagetiayammasammanis #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
