Simple Tapi Sangat Sedap. Resipi Asam Rebus Pelaling & Timun Ni Memang Padu!
Asam Rebus Pelaling dan Timun ni antara menu kampung popular terutamanya di kawasan utara. Kuahnya yang pedas, masam memang sangat membuka selera. Cara masak pun mudah je. Paling penting, ianya hidangan sihat dan tak guna minyak. Sesuai sangatlah hidang untuk keluarga hari ni. Jom cuba!
ASAM REBUS PELALING & TIMUN
BAHAN-BAHAN:
5-6 ekor ikan Pelaling – dibersihkan
1/2 biji timun – dipotong baji
1 batang serai – diketuk
2 keping asam gelugur
4 cawan air
Garam & serbuk perasa
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit
7 biji cili padi
1/2 inci belacan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #asamrebuspelalingtimun #ResipiTradisional #MakananMalaysia




















