Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Siakap Stim Ala Thai | DAPUR RASA LIVE BERSAMA CHE ILA

Siakap Stim Ala Thai | DAPUR RASA LIVE BERSAMA CHE ILA

Siakap Stim Ala Thai

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai (hiris serong)
5 hiris halia
3 tangkai cili padi merah (potong kecil)
3 tangkai cili padi hijau (potong kecil)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 tangkai daun ketumbar (cincang halus)
1/2 kiub pati ayam
4 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan dan kelar bahagian badannya.
2. Masukkan halia dan serai yang dihiris ke dalam perut ikan.
3. Kemudian perah jus limau nipis ke atas badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
4. Kukus ikan dalam periuk kukusan dan biarkan seketika pada suhu api perlahan

CARA MASAK KUAH STIM ALA THAI:

1. Cincang bawang putih secara kasar.
2. Goreng bawang putih yang dicincang tadi sehingga warna keemasan dan rangup. Ia membantu menaikkan aroma ikan siakap stim.
3. Padamkan api dan masukkan sedikit air, kiub pati ayam, sos ikan, gula, cili padi hijau, cili padi merah, lebihan serai dan perahan jus limau. Kacau kuah hingga sebati. Rasa kuah terlebih dahulu. Jika masin, tambah air secukupnya.
4. Tuang kuah stim ke atas ikan siakap yang dimasak tadi.
5. Kukus lagi ikan bersama kuah selama 3 minit.
6. Taburkan hirisan daun ketumbar.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.



Video Berkaitan