Sekali Cuba Terus Ketagih. Mi Ayam Indonesia Ni Memang Sedap Lain Macam!
Nak makan Mi Ayam yang sedap? Tak perlu dah terbang jauh ke Indonesia. Anda boleh masak sendiri di rumah guna resipi mudah ni. Dijamin ulang makan berkali-kali. Jom cuba!
MI AYAM ALA INDONESIA
BAHAN KUAH AYAM:
500gm isi ayam – potong kecil
1 labu bawang putih – cincang halus
3 sudu makan sos tiram
5 sudu makan kicap manis
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 paket mi telur – celur
Daun bawang secukupnya
BAHAN SUP:
500gm bebola daging
1.5 liter air
2 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
BAHAN TAMBAHAN:
Pakchoy – celur
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #miayamindonesia #ResipiTradisional #MakananMalaysia
