Resipi Sayur Campur Tumis Belacan Bilis. Menu Kampung Simple Je Tapi Sangat Sedap!

Ads

Kalau dalam peti sejuk tu ada lebihan sayur 2-3 jenis tapi sikit-sikit, boleh masak tumis macam ni.Guna apa jenis sayur pun sesuai. Rasa sedap bahkan tak membazir. Jom masak!

SAYUR CAMPUR TUMIS BELACAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk kecil brokoli – potong sederhana
  • 1 mangkuk kailan – potong kecil
  • 1 paket cendawan shiitake – hiris
  • 1 batang lobak merah – hiris serong nipis
  • 3 sudu besar ikan bilis – bilas dan tos
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 1/2 sudu kecil belacan
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil garam –  tambah jika perlu
  • 5 sudu besar air
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

 

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sayurcampurtumisbelacanbilis  #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads