Resipi Kentang Smiley Homemade. Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Tercari-cari menu mudah yang sesuai dijadikan bekal anak ke sekolah? Boleh cuba resipi Kentang ‘Smiley’ ni. Mudah dan tak guna banyak bahan. Rasa pun sedap. Jom cuba!
KENTANG ‘SMILEY’
BAHAN-BAHAN:
500gm ubi kentang – rebus empuk
4 sudu besar tepung gandum
2 keping roti
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk pati ayam
Lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kentang. Letak dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Ambil roti. Rendam, dalam air. Kemudian perah.
3. Hiris roti jadi kepingan kecil.
4. Masukkan roti ke dalam bekas berisi kentang.
5. Masukkan tepung gandum, garam, serbuk pati ayam dan lada sulah. Uli hingga sebati.
6. Letak adunan atas papan pemotong yang sudah ditabur tepung. Canai setebal 1cm.
7. Terap doh guna acuan bulat dan bentukkan menjadi smiley.
8. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan kekuningan.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.
#resepi #resipi #recipe #majalahrasa #rasashare #minitekspress #ketangsmiley #menubekal #ingatmakaningatrasa
