Ads

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Ads

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Bagi penggemar masakan kampung dan makanan laut, menu Gulai Tempoyak Ketam Nenas ini antara kegemaran ramai. Dinikmati dengan nasi putih panas memang membuka selera. Rasa kuah santan berlemak, masam dan pedas memang secukup rasa.

Ada pelbagai resipi dan cara masak Gulai Tempoyak Ketam Nenas ini. Namun jika inginkan kelainan boleh cuba resipi Gulai Tempoyak Ketam Nenas yang dikongsikan oleh selebriti dan usahawan terkenal, Ifa Raziah ini.

Istimewanya, Ifa menggunakan cili basah berbanding cili padi dalam resipi gulai tempoyak ketam nenas ini. Memang naik selera.Masakan tidak, menggunakan ketam gemuk, nenas manis dan tempoyak asli.

Malah dimasak dengan hati, membuatkan setiap yang makan pun jatuh cinta!

Jom kita tengok video penuh cara masak Gulai Tempoyak Ketam Nenas resipi Ifa Raziah ni.

CARA MASAK GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS RESIPI IFA RAZIAH

Bahan-Bahan:
6-8 ekor Ketam (dicuci bersih) dibelah dua
1 biji Nenas secukupnya
1 mangkuk Tempoyak
1 jug air

(Bahan Kisar):
Bawang Besar
Bawang putih
Bawang Merah
Cili Besar
Halia
Kunyit Hidup
Cili Kering (pilihan)

2 batang serai (diketuk)
1 kotak kecil Santan
Daun Kunyit (Dihiris)
Gula Melaka
Serbuk perasa
Asam Keping
Garam

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi & naik bau.
3. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.
4. Selepas itu masukkan sedikit air dan kacau sebati.
5. Setelah itu, masukkan nenas dan biarkan sehingga kuah menggelegak.
6. Masukkan pula, tempoyak kacau rata dan sedikit hirisan daun kunyit.
7. Selepas itu masukkan santan dan air secukupnya.
9. Masukkan ketam yang telah dicuci bersih.
10 Akhir sekali masukkan gula melaka, garam, asam keping dan serbuk perasa.

Siap!

Selamat Mencuba!

Tip Ifa: Sementara nak tunggu kuah menggelegak, kerap kacau kuah untuk elakkan pecah minyak.

Kredit Resipi & video: Ifa Raziah

#majalahrasa #rasashare #resipiketam #masakankampung #resepiGulaiTempoyakKetamNenas #ingatmakaningatrasa

 

 

 

 

 

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads