Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Rendang Quesadilla

Rendang Quesadilla

Nikmati keenakan keju mewah bersama PERFECT ITALIANO yang pastinya menambat selera. Lebih enak dimakan bersama insan istimewa. Masa Sempurna Bersama Tersayang dengan PERFECT ITALIANO.
 
Menu yang wajib dimakan bersama keluarga tentunya Rendang. Nak feeling ala Mexico, jom cuba buat Rendang Quesadilla. Gabungan rasa rendang ditambah dengan limpahan Keju PERFECT ITALIANO Mexican Style, produk terbaru dari PERFECT ITALIANO ini memang sempurna dan cukup menyelerakan. Tak cukup makan satu.
 
Mana tidaknya, Keju Perfect Italiano Mexican Style menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Red Cheddar dan Colby yang mudah mencair dan bikin hidangan bertambah lazat.
 
RENDANG QUESADILLA
 
BAHAN-BAHAN A:
6-8 keping tortilla
150gm Keju Perfect Italiano Mexican Style
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
 
BAHAN-BAHAN B:
400ml santan
500gm isi ayam | dipotong kecil
2 helai daun limau purut | dihiris
2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
 
BAHAN-BAHAN C (KISAR):
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Air secukupnya
 
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
Dairylicious Malaysia
Fernleaf Malaysia
 
#majalahrasa #rasashare #rendangquesadilla #MasaSempurnaBersamaTersayang #perfectitaliano #1hari1resipi #resipi #resepi #recipe


Video Berkaitan