Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

Jom belajar buat Red Velvet Creampuff bersama Fatheen Asyila Azman Chan, founder Theens. Nampak gebu dan sedap creampuff ni. Bolehlah cuba buat nanti!
 
RED VELVET CREAMPUFF
 
BAHAN-BAHAN:
 
Puff:
55 gram mentega
63 gram air
63 gram susu segar
75 gram tepung gandum
6 gram serbuk koko
1 sudu kecil red velvet emulco
2 biji telur
1/2 sudu kecil gula
 
Inti:
300 gram cream cheese
70 gram gula aising
50 gram dairy whipping cream
250 gram non dairy whipping cream
 
Craquelin atas puff:
36 gram mentega
45 gram tepung gandum
45 gram gula perang
Sedikit pewarna merah
Strawberi untuk hiasan
 
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan craquelin dan canai sehingga nipis yang mungkin.Terap menggunakan acuan bulat. Sejukkan dalam peti sejuk.
 
CARA MASAK PUFF:
1. Satukan mentega, air, susu, gula di dalam satu periuk dan masak sehingga butter cair dan semua bahan mendidih.
2. Tutup api. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau sebati dan hidupkan semula api menggunakan api perlahan. Kaup balik lebih kurang 1 minit. Tutup api.
3. Di dalam mixer, putar adunan tadi sehingga sejuk dan masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Masukkan red velvet emulco. Siap untuk dipaipkan atas loyang beralaskan parchment paper.
4. Menggunakan api 200c, bakar puff selama 15 minit kemudian turunkan suhu ke 180c dan sambung bakar selama 10-15 minit atau sehingga cukup garing.
 
CARA BUAT FILLING:
1. Putar cream cheese bersama gula aising sehingga sebati.
2. Dalam bekas berasingan, putar non dairy whipping cream sehingga kental, masukkan dairy whipping cream dan putar sebati.
3. Campurkan adunan cream cheese ke dalam whipping cream. Siap untuk di paip ke dalam puff yang telah sejuk.
 
#dapurrasa #fblive #redvelvetcreampuff


Video Berkaitan