Rasa Kampung Asli! Resipi Masak Lemak Cendawan Kukur Ni Memang Sedap!

Ads

Masak Lemak Cendawan Kukur ni memang menu kampung yang ‘rare’. Selain digoreng, cendawan jenis ni memang sedap dimasak lemak macam ni. Letak pula udang. Memang gabungan yang sempurna! Kuah pula pedas berlemak, lagilah ngam. Nak rasa? Jom masak!

MASAK LEMAK CENDAWAN KUKUR

BAHAN-BAHAN:
200g cendawan kukur – rendam dan bersihkan
300gm udang segar – dibuang kulit/bersihkan
400ml santan
2 batang serai – dititik
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit – dicarik
Garam & serbuk perasa secukupnya

BAHAN KISAR:
10-15 biji cili padi (ikut pedas)
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah/besar

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #masaklemakcendawankukur  #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads