Rahsia Kuah Pekat & Berempah. Ini Cara Masak Kari Telur Ala Mamak Paling Sedap!
Kari Telur Ala Mamak ni memang tak pernah mengecewakan. Kuah pekat berempah, pedas sederhana dan kaya rasa. Telur rebus menyerap kuah dengan cantik, makin lama dimasak makin sedap!
Ikut resipi ni, rasa kari jadi sebijik macam yang selalu kita makan di kedai mamak. Sesuai dimakan dengan nasi panas, roti canai atau tosai. Sekali cuba, confirm nak ulang masak lagi.
KARI TELUR ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur rebus
10 tangkai cili kering
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu makan pes halia
4 sudu makan pes bawang merah
1 sudu makan pes bawang putih
2 tangkai daun kari
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
Air secukupnya
2 biji ubi kentang – potong kecil
Garam & serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #karitelurrebusalamamak #ResipiTradisional #MakananMalaysia
