Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!
Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!
Seronok melihat selebriti dan usahawan berjaya, Hanis Zalikha,36 berkongsi video membuat pencuci mulut Puding Nasi bersama anak perempuannya, Alisa Aisyah,7.
Hanis menyediakan hidangan menu sihat puncuci mulut, Puding Nasi (Rice Pudding) yang cukup simple, namun penuh berkhasiat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak mana, namun cukup mudah untuk disediakan. Boleh dinikmati sejuk-sejuk atau makan waktu masih panas.
Bagi yang nak rasai keenakan pencuci mulut sihat ini, boleh ikut resipi yang Hanis Zalikha kongsikan ini.
Resipi Pencuci Mulut PUDING NASI Hanis Zalikha (Sukatan 4 bekas)
Bahan-Bahan:
1 cawan Beras (Sushi)
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Madu/ gula
1 sudu kecil Garam
1 batang kecil Kayu Manis
1 sudu kecil Esen Vanilla
Pistachio (Ditumbuk/kisar)
Rose Tea Petals (pilihan)
Cara Membuat:
1. Tumbuk kacang pistachio dalam lesung batu tidak terlalu kasar atau halus.
2. Basuh beras sehingga bersih, masukkan susu segar dan sedikit garam.
3. Masukkan juga sedikit esen vanilla, kayu manis dan madu, kacau sebati.
4. Kemudian, panaskan oven ke suhu 150°C-175°C, masukkan adunan tadi ke dalam bekas kecil (ramekin atau casserole dish) dan bakar guna teknik water bath (bain-marie).
5. Bakar sehingga masak, permukaan puding nasi nampak keperangan bergantung pada suhu oven masing-masing.
6. Setelah masak, biarkan sejuk seketika, sebelum disimpan dalam peti ais.
7. Setelah disejukkan, bolehlah dinikmati dengan pistachio yang ditumbuk kasar tadi dan taburan rose tea petals.
Siap! Selamat Mencuba.
#majalahrasa #rasashare #resipi #resepi #recipericepudding #ingatmakaningatrasa #pudingnasi
