Ads

Pedas Menyengat & Berempah Kaw! Asam Pedas Kembung Ni Buat Nasi Tak Cukup

Ads

Kuah pekat, masam pedas seimbang dengan rempah yang cukup ‘kick’, memang ngam dimakan dengan nasi panas. Ikan kembung pula isi lembut dan menyerap kuah dengan sempurna. Sekali hirup kuah, terus rasa nak tambah nasi.

ASAM PEDAS KEMBUNG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung
2 batang serai – ketuk
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air
2 sudu teh pes asam jawa – bancuh dengan sedikit air
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
4 biji bendi
1 biji terung
2 biji tomato

BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci belacan
15 tangkai cili kering

BAHAN SERBUK REMPAH:
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #asampedaskembung  #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads