Pedas Masam Sampai Bertambah! Kerabu Daging Kacang Panjang Ni Memang Padu
Suka makan Kerabu? Kena cuba resipi Kerabu Daging Kacang Panjang ni. Pedas, masam, ada lemak-lemak santan dan wangi bunga kantan…memang sangat enak dan membuka selera. Makan dengan nasi panas atau ratah macam tu je pun dah sedap.
Simple tapi memang ‘power’!
KERABU DAGING KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging – rebus empuk & hiris nipis
5 tangkai kacang panjang – hiris nipis
1 kuntum bunga kantan – hiris
1 biji bawang merah – hiris
2 batang serai – hiris
2 sudu makan kelapa goreng sangai
2 biji jus limau nipis
1 sudu makan sos ikan
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
BAHAN KISAR:
2 biji cili padi merah
2 biji cili padi hijau
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kerabudagingkacangpanjang #ResipiTradisional #MakananMalaysia
