Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live

Siapa suka makan Nasi Dagang? Nak buat Nasi Dagang ni sebenarnya tak susah pun. Nak balik kampung pun tak boleh, jom kita cuba buat sendiri. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Jaja Jani, pemilik Restoran Jeligho Molek. Resipi Nasi Dagang Kelantan bersama Gulai Udang Diraja, memang terbaik!

NASI DAGANG (5 orang makan)

BAHAN-BAHAN:
250 gram beras nasi dagang
250 gram beras wangi
Sehelai daun pisang
200 ml santan kotak*
100 ml air*
1 inci halia dihiris halus*
2 ulas bawang merah dimayang halus*
1 sudu kecil halba*
Setengah sudu kecil garam*
1 sudu gula*

CARA MEMASAK:
1. Campurkan beras nasi dagang bersama beras wangi
2. Bersihkan dan rendam semalaman
3. Bersihkan beras dan air
4. Panaskan pengukus dan lapik dengan daun pisang
5. Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus selama 10 minit
6. Sediakan air rendaman dengan campur semua bahan-bahan bertanda * ke dalam 1 bekas dan kacau
7. Masukkan beras yang dikukus tadi dan gaul (arong)
8. Biarkan beras kembang dalam 10 minit
9. Kukus sekali lagi beras yang direndam dalam pengukus yang sama selama 15 minit
10. Angkat jika beras sudah lembut dan masak

GULAI UDANG DIRAJA (4-6 orang makan)

BAHAN-BAHAN:
1 pek Pes Jeligho Gulai Udang
100 ml santan kotak
200 ml air
10 ekor udang bersaiz besar
2 biji telur rebus

CARA MEMASAK:
1. Masukkan pes ke dalam periuk dan panaskan
2. Masukkan santan dan air dan kacau sehingga mendidih
3. Masukkan udang, dan tunggu sehingga udang bertukar warna
4. Masukkan telur rebus bila dah mendidih
*pes dah lengkap bahan perasa, tapi boleh tambah ikut citarasa jika nak.

ACAR MENTAH

BAHAN-BAHAN:
1 biji lada merah
1 batang timun
Setengah batang lobak merah
1 ulas bawang putih
1 sudu gula
Setengah sudu kecil garam
50 ml cuka makan

CARA PENYEDIAAN:
1. Hiris semua bahan halus dan memanjang.
2. Perasakan dengan garam, gula dan cuka.
3. Gaul rata.

#majalahrasa #rasashare #fblive #dapurrasalive #projeklockdown



Video Berkaitan