Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Nasi Arab Kabsah | Dapur Rasa Live Bersama Che...

Nasi Arab Kabsah | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

NASI ARAB KABSAH JORDAN
BAHAN-BAHAN:
800ml air / air stok
Pes Nasi Arab KABSAH Kotak
Beras dibasuh ( ada dalam kotak ) dan direndam 1 – 2 jam
1 mangkuk yoghurt
10-15 ketul lamb tongkol (250gram setiap 1) direbus sehingga lembut
1 sudu garam
Bawang goreng setengah mangkuk
Minyak zaitun setengah mangkuk
1 tin tomato puri /120gram
3 tangkai daun ketumbar-dihiris
3 tangkai daun pudina-dihiris
1 batang lobak merah- diparut (pilihan)

CARA MEMASAK:
1. Panaskan air / air stok kambing.
2. Masukkan pes dan tomato puri.
3. Masukkan yoghurt.
4. Masukkan kambing yang telah direbus.
5. Masukkan beras basmathi yang telah ditoskan.
6. Biarkan nasi kering dan masukkan bahan aksesori (bawang goreng, daun pudina, daun ketumbar) serta 3 sudu minyak zaitun.
7. Nasi Arab akan dihidangkan bersama salatoh/ acar dan sambal Arab di dalam dulang serta Syurbah (Sup arab)

UNTUK HIASAN :
3 hiris lemon potong bulat
4 biji cili hijau
Tomato
Daun salad
Akhir sekali parut lobak di atas hidangan Nasi Arab Kabsah yang siap

SYURBAH (SUP ARAB)
BAHAN-BAHAN:
200ml air
Pes Nasi Arab Maqlubah
Ayam
Kentang dan lobak merah yang dipotong
3-5 sudu besar Yoghurt
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk lada hitam

CARA MEMASAK :
1. Panaskan air
2. Masukkan ayam dan Pes Nasi Arab Maqlubah 1/2 pek.
3. Keluarkan ayam yang telah direbus.
4. Masukkan yoghurt, garam, serbuk lada hitam serta sayur lobak merah/kentang.
5. Biarkan sehingga sup mendidih dan kentang/lobak merah masak.

AYAM PANGGANG ARAB (MASHWI)
BAHAN-BAHAN:
Ayam
Pes Maglubah Chef Ustazah
Pewarna
Yogurt
Sedikit serbuk lada hitam dan garam
CARA MEMASAK:
1.Ayam sudah direbus, keluarkan. Perap dengan baki pes maqlubah Chef Ustazah.
2.Letakkan pewarna merah oren/ kuning, yoghurt, serbuk lada hitam dan garam.
3.Kemudian panggang.
4.Boleh sapu madu dan minyak zaitun untuk mencantikkan ayam (berkilat)

Nota : SEKOTAK NASI ARAB KABSAH CHEF USTAZAH untuk hidangan 5-7 orang makan.
Beras basmathi dan pes tersedia di dalam kotak.



Video Berkaitan