Menu Bajet Tapi Power! Sambal Sardin Telur Pecah Buat Orang Lupa Diet
Sambal Sardin Telur Pecah ni memang menu ‘penyelamat’ bila nak masak cepat tapi tetap sedap. Sardin dimasak sambal pedas berempah, kemudian dipecahkan telur ke dalam kuah, hasilnya lebih lemak, lebih padu dan cukup menyelerakan. Bahan ringkas, cara pun mudah. Sesuai untuk makan tengah hari atau bila nak lauk yang cepat siap.
SAMBAL SARDIN TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin
3 biji telur
1 biji ubi kentang – hiris dadu kecil
3 biji cili padi merah – hiris
3 biji cili padi hijau – hiris
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/4 sudu teh pes asam jawa
Kuah sardin
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
2 sudu besar tepung jagung
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
Sedikit air
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sambalsardintelurpecah #ResipiTradisional #MakananMalaysia
