Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

Ramai ingat nak buat Mango Baked Cheesecake ni susah. Sebenarnya takdelah susah seperti yang disangka. Ikut langkah-langkahnya, pasti menjadi. Cubalah nanti ya.

MANGO BAKED CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:
500gm cream cheese
150gm gula halus
2 biji telur
2 sudu besar tepung kek
125g whipped cream
Mango filling

CRUST:
150gm Digestive cookies
3 sudu besar butter

CARA PENYEDIAAN:

Untuk bahagian crusted:
1. Hancurkan digestive cookies dan kacau bersama butter yang dicairkan.
2. Tekan pada bahagian dasar loyang kek. Dan biarkan sejuk.

Untuk cheese:
1. Pukul cream cheese bersama gula hingga hancur dan sebati.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Diikuti tepung dan cream.
4. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang tadi dan letakkan mango filling.
5. Bakar selama 1.15min pada suhu 100c.
6. Biarkan sejuk semalaman sebelum hidang dan potong.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #mangobakedcheesecake #cheesecake



Video Berkaitan