Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Mac and Cheese & Buttermilk Spaghetti | Dapur Rasa Live

Mac and Cheese & Buttermilk Spaghetti | Dapur Rasa Live

Nak belajar masak Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese macam di kedai? Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Hazrin Herryson. Pasti menjadi!

BUTTERMILK SPAGHETTI

BAHAN-BAHAN:
Spaghetti
100g butter
10 helai daun kari
1 tangkai cili padi
1 keping cheedar cheese
20g bawang putih
50g sosej ayam
20g cendawan -dihiris
½ biji kuning telur
150g susu cair
Bahan perasa (garam dan serbuk lada)

CARA MEMASAK
1. Tumis bawang putih,,daun kari dan cili padi bersama butter dengan api perlahan supaya butter tidak hangit.
2. Masukkan sosej dan cendawan dan masak sekejap.
3. Masukkan susu cair dan cheese.
4. Kacau sebentar supaya cheese cair.
5. Masukkan spagheti yang sudah direbus,
6. Masukkan bahan perasa.
7. Masukkan kuning telur dan gaulkan dengan pantas supaya sos tidak berketul,
8. Sedia dihidang

MAC AND CHEESE

BAHAN-BAHAN:
Makaroni
100g butter
50g bawang Holland
50g sosej ayam
60g mozarella cheese
Secubit daun parsli
120g krim masakan
½ biji kuning telur
Bahan perasa (garam dan serbuk lada)

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang Holland dengan butter
2. Masukkan sosej ayam.
3. Masukkan krim masakan.
4. Masukkan makaroni.
5. Masukkan bahan perasa.
6. Masukkan cheese dan kacau dengan api perlahan untuk cairkan cheese.
7. Masukkan kuning telur dan kacau laju-laju supaya sos tidak berketul.
8. Tuang ke dalam pinggan, tabur cheese atas macaroni dan bakar gunakan oven atau torch.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #macandcheese #buttermilkspaghetti



Video Berkaitan