Lontong Goreng Viral! Guna Pes Ikan Bakar, Rasa Luar Biasa
Kalau ada nasi himpit lebih, jangan bazir… jom buat Lontong Goreng guna pes ikan bakar je. Rasa memang padu. Pedas, berempah, lemak manis semua cukup, tambah pula taugeh rangup… memang terus berselera!
LONTONG GORENG
Bahan-bahan:
4 ketul nasi himpit | potong dadu sederhana
3 sudu besar pes ikan bakar
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih | diketuk
1 biji bawang besar | dihiris
1 cawan kubis | dihiris
½ batang lobak merah | dihiris halus
½ cawan taugeh
1 biji telur
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula | jika perlu
Sedikit air
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Cili merah | dihiris
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #lontonggoreng #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
