Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Lasagna Lemang Kari Ayam | Dapur Rasa Live Bersama Chef Sue

Lasagna Lemang Kari Ayam | Dapur Rasa Live Bersama Chef Sue

Istimewa Dapur Rasa Live hari ini bersama tetamu jemputan, Chef Sue Arukin yang akan berkongsi resipi istimewa, Lasagna Lemang Kari Ayam.

LASAGNA LEMANG KARI AYAM

Bahan-bahan:
12-14 keping hirisan lemang
1 mangkuk medium lebihan kari ayam – buang tulang ayam
Parutan Keju mozzarella/cheddar/parmesan secukupnya
Cincangan daun kari kering

Bahan-bahan untuk sos bechamel (sos putih):
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan mentega
1 1/4 cawan susu segar – suam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk buah pala

Cara-cara memasak:
1. Buat sos bechamel dulu. Sediakan periuk tebal bahagian bawahnya (heavy bottom pot), panaskan mentega hingga cair.
2. Masukkan tepung gandum lalu kacau berterusan hingga sebati.
3. Tuang sedikit susu segar suam ke dalam periuk lalu kacau bancuhan hingga sebati. Tuang lagi lebihan susu tadi lalu terus kacau hingga likat. Pastikan tiada ketulan dalam sos.
4. Tambah garam, serbuk lada hitam & serbuk buah pala. Kacau rata dan sejukkan sebentar.
5. Sediakan mangkuk lutsinar tahan panas. Sapu sedikit mentega dengan rata.
6. Susun hirisan lemang dalam mangkuk tadi. Kemudian sendukkan kari ayam dan keatas lemang dan ratakan. Tuang pula sos bechamel secukupnya lalu ratakan lagi. Tabur campuran keju dan ratakan.
7. Ulangi proses melapis hingga semua bahan habis. Akhir sekali tabur cincangan daun kari kering. Tutup mangkuk dengan aluminium foil.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 55 minit.
9. Buang aluminium foil dari mangkuk. Bakar 5 minit lagi untuk dapatkan kesan sedikit hangus dibahagian atas lasagna. Hidangkan panas.



Video Berkaitan