Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan, Sedap & Menyelerakan!

Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan, Sedap & Menyelerakan!

Suka makan Lasagna? Kali ini, kita akan belajar cara nak buat Lasagna Goreng bersama Sos Cendawan. Resipi perkongsian oleh pengasas Ratu Lasagna, Shyela Latif ini memang sedap dan cukup menyelerakan. Bolehlah cuba nanti.

LASAGNA GORENG BERSAMA SOS CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
1 blok lasagna frozen
1 cawan serbuk roti
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
Secubit garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 cawan demi glace (serbuk sos perang segera)
1 biji bawang merah
1 biji bawah putih
1/2 batang saderi
1/2 batang lobak merah
1 helai daun bay leaf
5 biji cendawan butang
5 biji cendawan shitake
2 cawan susu segar fullcream
2 sudu besar butter
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

CARA MEMBUAT:
1. Sediakan dalam bekas asing tepung gandum, telur dan serbuk roti.
2. Lasagna yang beku dipotong kiub
3. Celup kiub lasagna ke dalam tepung, kemudian bancuhan telur yang diperasakan, diakhiri dengan celupan serbuk roti. Siap dan ketepikan supaya lasagna nyahbeku sedikit sebelum digoreng.

CARA BUAT SOS:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, saderi, lobak merah yang dipotong dadu kecil bersama butter dan daun bay leaf.
2. Tambah cendawan butang dan cendawan shitake. Tumis sekejap.
3. Sediakan bancuhan serbuk demi glace bersama air. Masukkan di dalam bahan tumis tadi.
4. Masukkan susu segar. Kacau sebati sehingga pekat. Perasakan. Siap dan ketepikan.
5. Goreng kiub lasagna tadi di dalam minyak yang penuh selama 2-3 minit sehingga keperangan. Toskan.
6. Sedia dimakan bersama sos.

TIP:
* Untuk dapatkan sos yang tak berketul, serbuk sos perang dibancuh bersama air terlebih dahulu.
* Untuk dapatkan sos yang sedap, gunakan susu full cream atau cooking cream.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #lasagnagorengbersamasoscendawan



Video Berkaitan