Kubis Goreng Telur
Kubis Goreng Telur ini tak sampai 10 minit dah siap, tapi rasa dia memang padu. Menu simple tapi memang buat naik selera makan. Rangup kubis, lemak telur, tumis dengan bawang putih & cili merah – fuhhh terangkat, sekali rasa terus terbayang nasi panas. Jom masak, confirm suami dan anak berebut!”
Ikut je resepi nya:
📝 Bahan-bahan:
1/2 biji kubis bersaiz sederhana (dihiris halus)
1 Batang Lobak merah
3 biji telur
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Daun bawang
Minyak masak
1 Sudu kecil Kicap masin
2 Sudu besar Sos Tiram
Garam secukup rasa
Serbuk perasa / stok ayam (jika suka)
Cili merah (pilihan)
🍳 Cara Memasak:
Sediakan bahan: Hiris kubis, dan cincang bawang putih. Pecahkan dan pukul telur dalam mangkuk kecil, tambahkan sedikit garam.
Tumis bawang: Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan dauan bawang hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan kubis dan lobak merah: Tambahkan hirisan kubis dan lobak merah ke dalam kuali. Gaul rata dan goreng sehingga kubis layu dan sedikit lembut. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan telur: Tuang telur yang telah dipukul ke tengah, kacau hingga telur masak dan kemudian gaul bersama kubis.
Perasakan: Masukkan garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa mengikut citarasa. Gaul hingga sebati.
Siap untuk dihidang: Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
#majalahrasa #rasashare #minitekspress #kubistelur #resipisayur #ingatmakaningatrasa #resipimudah