Kuah Lemak Berkrim & Wangi! Masak Lemak Labu & Fucuk Ni Memang Buat Nasi Bertambah
Masak Lemak Labu digandingkan dengan fucuk memang simple tapi penuh rasa. Kuah santan lemak berkrim, labu manis lembut dan fucuk yang menyerap kuah, memang lauk yang susah nak ditolak. Resipi ni mudah dimasak, sesuai untuk menu harian dan tak muak walaupun kerap dihidang. Makan panas-panas dengan nasi putih, confirm licin satu pinggan. Jom cuba!
MASAK LEMAK LABU FUCUK
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji labu
4 cawan air
1 kotak santan
2 keping fucuk – rendam air
1 geggam suhun – rendam air
Garam, gula & perasa secukupnya
1 ikat kucai
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
6 biji cili padi (hijau & merah)
1 inci kunyit hidup
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #masaklemaklabubersamafucuk #ResipiTradisional #MakananMalaysia
