Kuah Berempah & Pekat! Ikan Tongkol Kicap Pedas Ni Memang Buat Nasi Bertambah
Ikan Tongkol Kicap Pedas memang lauk ringkas tapi penuh rasa. Kuah kicapnya pekat, pedas berempah dan meresap elok ke dalam isi ikan, memang padu bila makan dengan nasi panas. Resipi ni mudah, cepat dan sesuai untuk hidangan harian. Sesuai sangatlah masak untuk lunch hari ni.
IKAN TONGKOL KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
1 kuntum bunga lawang
1 keping asam gelugur
Sedikit kicap manis
Sedikit kicap masin
1 cawan air (untuk kuah)
1/2 sudu teh gula pasir – jika suka
1/3 sudu teh garam
1 batang serai – diketuk
Minyak masak
Sedikit serbuk perasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh jintan manis
7 tangkai cili kering
1/2 cawan air
BAHAN HIASAN:
1 biji bawang holland – potong bulat
10 biji cili padi merah & hijau
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #ikantongkolkicappedas #ResipiTradisional #MakananMalaysia
