Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Kengsom Ikan Siakap

Kengsom Ikan Siakap

Salah satu menu dari Thailand yang wajib dicuba. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan ini cukup popular. Sedap! Siap ada buah nanas dan kangkung lagi. Menu yang berkhasiat terutamanya buah nanas yang kaya dengan vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi, melancarkan proses penghadaman dan mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.
 
Kalau anda nak tahu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memperkenalkan menu sihat yang mengandungi pelbagai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan melalui program MAFI Prihatin Meal. Jom sokong produk tempatan kita.
 
KENGSOM IKAN SIAKAP
 
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dipotong sederhana besar
½ biji nanas | dipotong mengikut citarasa
½ ikat kangkung
2 batang serai | diketuk
1 biji limau nipis | ambil jus
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
Sedikit belacan
 
Cara membuat resepi ini, bolehlah anda lihat di dalam video ini.Selamat mencuba!
 
#majalahrasa #rasashare #kengsomikansiakap #mafiprihatinmeal #fama #famadihatirakyat #buahtempatan #sayurtempatan #myfoodie #menusihat #resepi #resipi #promosifama


Video Berkaitan