Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home KEK LEMON GLAZE AIR FRYER | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

KEK LEMON GLAZE AIR FRYER | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

KEK LEMON GLAZE AIR FRYER

BAHAN KEK:
100gm mentega bergaram (salted butter) – biar pada suhu bilik
120gm gula halus
100gm tepung gandum serbaguna
3 biji telur saiz kecil – biar pada suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1/3 sudu teh baking powder
1 sudu teh parutan kulit lemon

BAHAN LEMON GLAZE:
100gm gula aising
20ml jus lemon
BAHAN HIASAN:
1 sudu teh parutan kulit lemon

CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung gandum bersama dengan baking powder. Ketepikan. Pukul mentega sehingga lembut, kembang dan warna cerah.
2. Kemudian dalam mangkuk berlainan, campurkan parutan kulit lemon bersama gula dan lenyekkan. Ini akan menaikkan bau dan haruman lemon.
3. Masukkan campuran gula lemon tadi ke dalam mentega dan pukul lagi hingga sebati. Adunan menjadi kembang dan lembut. Sekali sekala kaupkan adunan.
4. Seterusnya masukkan telur dan pukul satu persatu untuk mengelakkan adunan menjadi terlalu cair.
5. Masukkan juga esen vanilla. Sebatikan.
6. Akhir sekali masukkan tepung gandum dalam 2 peringkat. Pukul sehingga cukup sebati. Jangan pukul terlalu lama. Akhir sekali kaup adunan supaya tiada tepung yang tidak bergaul.
7. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dioles sedikit minyak dan dialas dengan baking paper. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Bahagian kilat menghadap dalam. Tebuk beberapa lubang supaya kek boleh bernafas @ haba boleh bergerak dengan sekata.
8. Panaskan Air Fryer pada suhu 160°C selama 5 minit.
9. Bakar kek pada pusingan pertama menggunakan suhu 160°C selama 30 minit. Setelah masa bakar tamat, keluarkan loyang dan keluarkan aluminium foil. Masukkan kembali ke dalam air fryer.
10. Bakar kembali kek pada pusingan kedua menggunakan suhu yang sama selama 10 minit. Setelah selesai, biarkan kek selama 10 minit barulah dikeluarkan dari air fryer.

CARA PENYEDIAAN LEMON GLAZE:
1.Satukan gula aising bersama jus lemon dan gaul sehingga gula cair.
2. Bila kek sudah betul-betul sejuk, barulah tuang lemon glaze ke atas permukaan kek secara perlahan.
3. Hiaskan dengan parutan kulit lemon.
INFO: Guna mentega (salted) kerana ia lebih membangkitkan rasa enak kek



Video Berkaitan