Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live

Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live

Suka makan kek? Anda wajib cuba resipi Kek Berries yang dikongsi oleh Cik Dayang Zuhaila ni. Confirm kek anda menjadi. Sedap, lembut dan gebu!

KEK BERRIES SELEMBUT KAPAS

BAHAN A:
6 biji putih telur
100g gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar

BAHAN B:
100g tepung naik sendiri
70g minyak jagung
90g susu full cream
1 sudu teh esen vanila
6 biji kuning telur

BAHAN C:
1 sudu teh blueberry emulco
1 sudu teh strawberry emulco

CARA MEMBUAT:
1. Asingkan putih dan kuning telur.
2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga sedikit berbuih.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar menggunakan kelajuan sederhana sehingga adunan kental dan bertanduk. Ketepikan sebentar.
4. Di dalam bekas lain. Satukan BAHAN B dan kacau menggunakan whisk sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
5. Masukkan 1⁄4 adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau kaup terbalik sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan lagi sedikit demi sedikit adunan putih telur dan kacau kaup terbalik sehingga sebati. Ulang langkah yang sama sehingga habis.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan blueberry emulco dan juga strawberry emulco. Kacau sehingga adunan sebati.
8. Alaskan loyang bersaiz 8 inci dengan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam loyang tersebut secara berselang seli.
9. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c menggunakan kaedah water-bath selama 1 jam. Bergantung pada oven masing-masing.

#majalahrasa #rasashare #fblive #dapurrasa



Video Berkaitan