Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

Kek Batik ni memang disukai ramai. Kali ini, Mamanis, Pengasas Locétta Cake & Pastry nak kongsi resipi Kek Batik Milky Cheese Horlick. Lain dari yang lain tetapi rasanya memang sedap.

KEK BATIK MILKY CHEESE HORLICK

BAHAN-BAHAN:
250g mentega
170g susu pekat manis
250g cream cheese
250g serbuk Horlick
1 sudu besar pewarna putih
2 1/3 baris dari sepaket Biskut Marie coklat

HIASAN TOPPING
Kacang panggang – Badam, Pumpkin seed, bijan hitam, cranberries kering

CARA MEMBUAT:
1. Panggang kacang-kacang hiasan. Simpan dalam bekas kedap.
2. Pukul cream cheese dalam 3-4 minit.
3. Cairkan mentega sehingga menggelegak.
4. Masukkan susu pekat manis dan gaul sebati.
5. Tutup api.
6. Masukkan cream cheese tadi dan gaul sehingga sebati.
7. Masukkan serbuk horlick, kacau sehingga sebati.
8. Masukkan pewarna putih. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan biskut marie (patah dua).
9. Masukkan adunan kek batik ke dalam loyang 8″ yang telah di alas dengan plastik wrap/baking paper.
10. Taburkan topping. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga adunan beku.
11. Potong dan sedia dihidangkan.

#majalahrasa #rasashare #kekbatikmilkycheesehorlick #kekbatik



Video Berkaitan