[mo_oauth_login]

Home JANAKITCHEN: Apam Beras Pandan Bersantan

JANAKITCHEN: Apam Beras Pandan Bersantan

Apam Beras Pandan Bersantan.
.
🌀Bahan2.
.
Bahan A.

2 cawan nasi (guna beras SAJI ).
1 kotak santan SAJI.
2 cawan air pandan (5 helai pandan kisar dengan 2 cwn air).
1 1/2 cwn gula pasir.
Sedikit garam.
Sedikit pewarna hijau.
.
Bahan B.
.
2 cawan tepung beras.
1 cawan tepung gandum.
1 peket yis kering.
.
Kelapa parut (untuk tabur).
.
🌀Cara2.
.
✅ Satukan air pandan dan santan dan letakkan sedikit garam.
✅ Kisar nasi dan gula pasir dengan separuh air pandan santan.
✅ Bila dah kisar masukkan lagi separuh air pandan santan dan kisar lagi.
✅ Satukan tepung beras dan tepung gandul dlm satu bekas.
✅ Kemudian tuangkan bahan A yg telah dikisar kedalam tepung dan gaul mesra hingga sebati.
✅ Masukkan yis kering dan gaul lagi hingga sebati.
✅ Bila dah sebati letakkan sedikit pewarna dan gaul lagi.
✅ Tutup bekas dan perapkan selama1 jam.
✅ Selepas 1 jam adunan akan mengembang.
✅ Sediakan pengukus dan panaskan kukus terlebih dahulu dgn masa 10 minit.
✅ Balut penutup kukus dengan kain atau tuala.
✅ Sediakan acuan apam dan sapukan minyak terlebih dahulu.
✅ Tuangkan adunan hampir penuh ke dalam acuan apam.
✅ Kukus selama 15-17 minit.
✅ Bila dah siap kukus keluarkan apam dari pengukus dan biarkan sekejap.
✅ Keluarkan apam dari acuan perlahan2.
✅ Kukus kelapa parut dengan sedikit garam sekejap.
✅ Kemudian barulah gaulkan kelapa parut bersama apam.
✅ Dah siap boleh dihidang 😋
.
Selamat mencuba!!
.
.
Kalau korang nak pelbagai lagi resepi dengan menggunakan produk saji & butiran lanjut tentang Cabaran Saji-an Misteri jom follow IG & FB:
.
@sajimalaysiaofficial
@majalahrasa



Video Berkaitan