Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home IKHWANKAMARULZAMAN: Mi Goreng Uang Saji x Bubur Cubit

IKHWANKAMARULZAMAN: Mi Goreng Uang Saji x Bubur Cubit

Mi goreng udang Saji bersama Bubur cubit 

Bahan bahan Mi goreng udang Saji.
2 paket Mi sup Kari Saji, sedikit minyak menumis, 10-15 ekor udang, 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang merah, 2 sudu besar cili kisar, 2 sudu besar sos cili Saji, 1 sudu besar kicap pekat, fish ball, fish cake, sawi, taugeh, tomato, tauhu goreng, tomato.

Cara penyediaan.
Panaskan minyak dan gorengkan udang. Kemudian angkat udang. Gunakan minyak sama, tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan 2 paket perencah mi sup Kari Saji. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan fish ball dan fish cake. Kacau rata. Masukkan mi segera Saji yg telah direndam dan tos. Kacau sebati. Masukkan sawi, taugeh, tauhu goreng, udang goreng dan tomato. Kacau rata. Siap.

Bahan bahan Bubur cubit.
1 1/2 cawan tepung gandum, air secukupnya, garam Saji, sedikit kapur makan, pewarna makanan, 300 ml santan Saji, sekeping gula Melaka, 2 senduk gula perang, 2 helai daun pandan, sagu.

Cara penyediaan.
Larutkan secubit garam Saji dan kapur makan bersama 1/2 cawan air. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh. Tambah jumlah air mengikut kesesuaian. Tambahkan pewarna makanan mengikut citarasa dan uli sebati. Didihkan air dan cubitkan doh gandum ke dalam air. Tambahkan 1/2 cawan sagu. Apabila gandum sudah timbul dan sagu separuh masak, angkat dan masukkan ke dlm air sejuk. Dalam periuk lain, masak santan Saji bersama air, daun pandan, gula Melaka, gula perang dan secubit garam Saji. Toskan atau buang sedikit air sejuk rendaman gandum cubit tadi. Kemudian masukkan ke dalam kuah santan. Biarkan masak dan siap 🙂

@sajimalaysiaofficial
@majalahrasa



Video Berkaitan