Ikan Kerisi Goreng Halia Paling Mudah. Guna Pes Simple Je Tapi Sedap Luar Biasa!
Kalau nak lauk goreng yang cepat, ringkas tapi tetap sedap, resipi ni memang wajib cuba! Ikan Kerisi Goreng Halia ini memang membuka selera. Gabungan pes perapan buat ikan goreng jadi lebih wangi, rangup di luar dan berperisa sampai ke dalam. Sesuai sanagt dijadikan untuk menu harian, makan tengah hari atau bila nak lauk cepat tanpa renyah. Perap, goreng dan terus hidang dengan nasi panas, confirm licin satu pinggan!
IKAN KERISI GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kerisi
3 sudu makan pes halia
3 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes kunyit
1 sudu makan garam
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #ikankerisigorenghalia #ResipiTradisional #MakananMalaysia
