Ikan Bakar Sambal, Rasa Macam Makan Kat Gerai
Ikan Bakar Sambal dengan sambal pekat melekat elok dengan ikan lembut berjus. Makan panas-panas dengan nasi putih… terus senyap meja. Confirm licin sepinggan.
IKAN BAKAR SAMBAL
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap | dikelar
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil gula melaka | diparut
3-4 sudu besar air
2 sudu besar air asam jawa
Daun pisang
Aluminium foil
2 helai daun daun kunyit | dihiris halus
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci kunyit hidup
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #ikanbakarsambal #minitekspress #resepi #resipi #recipe #ingatmakaningatrasa
