Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home IDAMEDINAA: Punten Sambal Bilis & Bandung Choc Cheese Leleh

IDAMEDINAA: Punten Sambal Bilis & Bandung Choc Cheese Leleh

PUNTEN & SAMBAL BILIS

BAHAN PUNTEN:
1 cwn Beras Super Spesial Tempatan Saji
3 cwn air
1/2 cwn Santan Kelapa Saji
1 cwn kelapa parut
Garam Gunung Saji secukup rasa
1 sudu besar Minyak Masak Saji

CARA MEMASAK:
1. Basuh beras & masukkan air, santan, kelapa parut & garam. Kacau sebati.
2. Masak nasi dalam rice cooker hingga kering & biar selama lebih kurang 1-2 jam.
3. Tumbuk nasi ketika masih panas & bentukkan lonjong apabila punten sudah sejuk.

BAHAN SAMBAL BILIS
10 biji cili api
5 biji bwg merah *
3 ulas bwg putih *
Sedikit belacan *
2 genggam ikan bilis – kisar *
1 genggam ikan bilis – goreng & ketepikan
Sedikit air asam jawa
Gula Kasar Saji & Garam Gunung Saji secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kisar bhn yang bertanda *
2. Masukkan minyak Saji & tumis bhn kisar sampai garing
3. Perasakan dgn air asam jawa, garam & gula. Masak hingga pekat.
4. Sedia utk dihidangkan bersama Punten.

Bandung Choc Cheese Leleh

Bahan Kek:
3 biji telur
½ cwn gula halus
½ sb ovellate
½ sb esen vanilla
1 cwn tepung gandum*
½ sk baking powder*
½ sk soda bikarbonat*
1/4 cwn minyak Saji
Sedikit Strawberry Emulco
Sedikit Choc Emulco

1. Ayak bhn yang bertanda * & ketepikan. Pukul telur, gula, ovellate & esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkn bhn yg diayak. Kaup balik hingga sebati.
3. Masuk minyak Saji & sebatikan.
4. Bahagi adunan kpd 2 bahagian,1 utk strawberry emulco & 1 utk choc emulco.
5. Sudukan adunan dalam bekas sq 450 & kukus selama 8-10 minit.

Bahan Cheese:
250g cream cheese*
¾ cwn whipping cream*
½ cwn susu segar*
¼ cwn Krimer Manis Bandung Saji*
Sedikit Krimer Manis Coklat Saji (hiasan)

Cara-cara:
1. Masuk bhn bertanda * dalam pengisar.
2. Kisar sebati.
3. Lapis kek dgn cheese ikut kreativiti. Hias dgn Krimer Coklat.
4. Simpan sejuk dalam peti ais sebelum makan.

#sajianmisterixrasa
@sajimalaysiaofficial
@majalahrasa



Video Berkaitan