Begini Cara Pastikan Sotong Lembut & Kekal Pejal, Tak Kecut Selepas Masak
Pernah tak selepas masak sotong, sotong nampak kecut, tak pejal dan liat. Kalau masak sambal pula, sambalnya cair dan kuahnya jadi banyak sangat. Ada caranya untuk memastikan sotong kekal pejal, gebu, cantik dan tidak mengecut selepas dimasak.
Ada dua cara yang boleh digunakan. Ikut tip ini.
CARA PERTAMA
Cara Pertama, Mula-mula, cuci sotong dengan bersih.
Taburkan 1-2 sudu besar garam kasar pada sotong bersih dan ramas lembut sehingga berbuih seperti sabun selama 1-5 minit.
Akhir sekali, bilas sotong tersebut dengan air bersih beberapa kali dan tapis sehingga kering sebelum dimasak.
CARA KEDUA
Selepas cuci bersih sotong, panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan sotong.
Masak sekejap dalam 1-2 minit sehingga air sotong keluar, kemudian toskan.
Kedua-dua cara ini, berkesan untuk membuang lendir, hanyir, dan menjadikan sotong pejal serta tidak mengecut atau berair semasa dimasak serta tidak liat.
Namun, paling penting jangan masak sotong terlalu lama (cukup 4-5 minit) dan masukkan sotong pada tahap akhir masakan.
Siap!
Selamat Mencuba!
Ingat Makan Ingat RASA
#RASA #rasashare #tipsotong #trikDapur #sotongpejal #ingatmakaningatrasa
