Honey Garlic Chicken Popcorn Rangup, Manis & Pedas! Memang Layan
Ayam yang rangup disalut dengan sos madu bawang putih yang manis dan ada sedikit kick pedas daripada chilli flakes. Lagi sedap bila dicicah dengan sos putih berkrim yang ada rasa masam-masam lemon. Memang kombinasi yang ngam!
HONEY GARLIC CHICKEN POPCORN
Bahan-bahan:
1 paket ayam popcorn
1 sudu kecil bijan putih
Daun bawang
Bahan Sos Honey Garlic:
2 sudu besar mentega salted
4 ulas bawang putih | dicincang
4 sudu besar madu | boleh adjust ikut kuantiti ayam
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil serbuk perasa | jika perlu
Bahan Sos Putih:
2 sudu besar yogurt
2 sudu besar mayones
½ sudu kecil serbuk bawang putih
¼ sudu kecil serbuk paprika
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
1 sudu kecil perahan lemon
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #honeygarlicchickenpopcorn #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa #minitekspress
