Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Homemade Beef Patties l Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

Homemade Beef Patties l Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

BEEF PATTIES HOMEMADE
Bahan-bahan:
400gm daging kisar (minced meat)
2 labu bawang besar – dadu kecil
1/2 cawan cincangan daun bawang
2 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
2 biji telur
1 sudu teh Italian Herbs Powder
1 sudu teh Garlic Powder
1 sudu teh Onion Powder (abaikan jika tiada)
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara membuat:
1. Satukan daging kisar, bawang besar, daun bawang & serbuk roti di dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Masukkan telur dan gaul lagi.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaul sebati.
5. Kepal-kepalkan dan bentukkan seperti membuat bergedil (size ikut citarasa sendiri).
6. Cairkan sedikit mentega di dalam kuali leper non stick. Letakkan patties tadi dan masak hingga kedua-dua bahagian perang. Kemudian sambung bakar patties tadi dalam oven (200C) selama 10 minit. Ini untuk memastikan bahagian tengah patties masak.
7. Sedia dimakan samada dijadikan burger atau lain-lain menu, ikut kreativiti.

Resipi Asal: Chef Sue Arukin



Video Berkaitan