Gulai Tunjang
Gulai Tunjang ni bukan calang-calang hidangan. Urat lembu direbus empuk, dimasak dengan rempah kisar yang cukup rencah, dan dimanjakan pula dengan santan pekat. Hasilnya? Kuah pekat, rasa lemak berempah, dan tekstur tunjang yang lembut mengundang ‘repeat makan’!
🥩 Bahan-Bahan:
– Urat lembu (ikut suka banyak mana)
– Santan pekat (dari 1 biji kelapa @ 400ml santan kotak)
– Serai, daun salam, daun limau purut, asam keping
– Garam, gula, mushroom seasoning
Bahan Kisar:
– Kunyit hidup, lengkuas, halia
– Bawang merah, bawang putih
– Cili merah (tak nak pedas, buang biji)
– Buah keras & biji ketumbar (dua-dua disangai dulu)
👩🍳 Cara Masak Ringkas:
– Rebus urat hingga lembut (guna pressure cooker kalau nak cepat).
– Kisar bahan hingga halus.
– Tumis bahan kisar bersama serai, daun salam & daun limau purut.
– Masukkan urat rebus, gaul sebati.
– Tuang santan, tambah asam keping & biar mendidih perlahan.
– Perasakan secukupnya. Kacau sampai kuah jadi pekat berkilat.
Siap untuk dihidang! Selamat mencuba! 😍
#majalahrasa #rasashare #minitekspress #ingatmakaningatrasa #resipi #resepi #recipe #resipiummphrayakorbanrasa #gulaitunjang #rayahaji